Khamis, 5 Disember 2013

Macam Cantik Jer Macam Comel Jer By Amar

Weh weh weh... aku agak ketinggalan.. wakaka, mesti korang dah dengar lagu macam cantik jer macam comel jer oleh Amar ala2 nasyid.. best siott!

Perbualan aku dengan abang aku :

Bro: (nyanyi) macam cantik jer macam comel jer, haa.. hang tau ka lagu macam cantik jer macam comel jer ?!
Me: Elehh, hang ingat aku taktau ka. Aku dengaq lama dah aihh, bukan macam hang lambat setahun xD
Bro: Erkk.. !@#$%^&*(
Me: wakakakakakakaka (senyum kambing)

Sebenarnya aku tak pernah dengar pon lagu tu. Bajet je lebih depan abang aku siap kata kat dia lambat setahun . Wahahaha


Btw, layan lagu nii






Rabu, 4 Disember 2013

Renungankan Dan Selamat Beramal

Orang kata aku lahir dari perut ibu
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma.. ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah.. ibu
Bila takut.. yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk.. ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon... Ibu
Bila seronok... orang pertama yang aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "Ibuuuuuuu!"
Bila sakit, orang pertama yang risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang yang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dn rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak anak ke rumah Ibu
Bila sambut Valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila... bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. ... aku nak telefon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan!

Ahad, 17 November 2013

Faizul Juara AF2013

Aku memang dah agak yang Faizul menang !! walaupun Azhael aku rasa lagi ramai fans .. Lagu baru Faizul tajuk Sepasang sayap memang best masa dia  buat persembahan malam tadi :D


Sepasang sayap = Faizul (Daebakk!)
Seorang yang sangat kelakar dan agak handome wkwkwk
Lawak time mak dia bagi hadiah kambing.. hahaha
#Juara AF2013 (Aku memang dah target dia juara)

Hentian Terakhir = AzHael (duo)
Diorang ni macam cute je, macam handsome je
Diorang dah tersingkir masa separuh akhir tapi fans sangat tak puas hati sampai trending. Sapa suruh tak undi kalau tanak tersingkir, tapi diorang bertuah sebab astro buat #AF masuk.. Memang dapat kat diorang lahh..
Tempat kedua #AF2013 (Target aku betul diorang nombor 2)


Percayalah = Indah
Indah sebenarnya dah ada album sendiri sebelum masuk AF and Uncle dia Ayai kumpulan Ilusi
Tempat keempat #AF2013 ( Sebenarnya aku target dia tempat ke6) maaflah xD

Mimpi = Aisyah Aziz
(Adik kepada Aliff Aziz)
Memang terkejut gila sebabAisyah dapat tempat Keenam, sebab dia salah seorang finalis yang dijangka akan jadi juara :3 (Aku target dia nombor 2-3) tapi tak betul

Katakan Saja = Nabila
Dengar cerita dia anak saudara kepada Cikgu Syafi (taktaulahbetulkeidok)
Aku memang salute dia walaupun tak minat sangat sebab dia seorang yang tabah walaupun kena ugutan bunuh daripada haters 
Tempat kelima #AF2013


Sesaat Untukku = Amira
Suka sikap dia yang sopan and rasanya dia sesuai tak degan Azhar ? 
#Aku rasa Azhar suka dekat Amira siott
Tempat ketiga #AF2013 



Jumaat, 15 November 2013

Jodoh Itu Rahsia Allah

"JODOH ITU RAHASIA ALLAH"

Sehebat apapun kita merancang,
Sekuat apapun kita saling setia,
Sesabar apapun kita menerima,
Seberapa lamapun kita menunggu,
Dan sedetail apapun kita merancang

Jika takdir Allah tidak menulis jodoh kita bersamanya,
Maka kita tak akan pernah memiliki dan bersamanya

Akan tetapi,
Jika Allah telah menetapkan jodoh kita bersamanya,

Walau sejauh apapun jarak memisahkan,
Walau tak pernah sekalipun bertemu muka,
Walau tak pernah sekalipun berhubungan,
Maka Allah ada cara untuk mempertemukan kita dengannya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya tak akan pernah tertukar dan akan dipertemukan pada saat yang tepat menurut Kehendak-Nya.

Atau,
Jodoh itu sekarang berada di sekeliling kita, sama ada kita sedar atau tidak :)
Mungkin orang yang kita benci, mungkin orang yang kita suka

Tiada yang kebetulan melainkan kesemuanya telah Allah rancangkan untuk kita.  

-AS

Isnin, 21 Oktober 2013

I'm Fall In Love With Justin Bieber House !


Ngehh3

I'm fall in love with Justin Bieber....HOUSE kayy,, Dok tahu kenapa sejak akhir-akhir ini aku selalu stalk pasal Justin Bieber. Ya, Justin Bieber and aku rasa sekarang ni aku agak minat sikit. Minat? Hahaha... Ya, aku mengaku memang pada hakikatnya dulu aku selalu kutuk and mengata dia, tapi sekarang, haaa amekaw! Bukanlah minat sangat pun just tertarik sikit jee.. Sebab, dia bijak, dia ada duit banyak tapi dia guna untuk benda  yang berfaedah dengan beli rumah. Berjuta kot. Bila dia dah tua nanti, dia dah ada aset.Tak silap aku rumah dia yang aku suka dekat Hollywood Hills, Los Angeles.

Meh sini kita tengok sikit.. xD

Sukanya view... tempat yang strategik

Cantik bukann? Mesti hampa pon suka


 Ni belum tengok bahagian dalam rumah dia, Haaa...

Living room. Kalau rumah omputih yg kaya2 je mesti ada bilik khas nak tengok tv. Amekaw, puass nak tengok tv. Sampai tebeliak biji mata hampa :D

Eiyy, berapa kali nak cakap, suka sangat view dari rumah JB ni..Tenang gila !

Haa kau, siap ada gym lagi ! *tengok view kat luar

Sukanyaa.. bangun pagi jaa, dapat tengok view yang tenang. Keindahan alam semulajadi


No caption


Kitchen. High class gituu


Okengg, yang itu jea aku dapat. Fall in love tak?? Muehehe, tak taulah bagi hampa kenn, mungkin aku agak `poyo` and syiok sendiri. Keh3
Anyway, aku ada tengok rumah retis2 lain jugakk, jom usha..

Celine Dion
Besau tak rumah dia? Kolam lebih besar drp rumah kay, dia panggil rumah ni waterpark house, yela senang bila hujung minggu takyah pegi waterpak dah, mandi kat rumah jee :D Ngeh3


Britney Spears 
Di Los Angeles, California

Rumah Beyonce


`Neverland` Rumah Michael Jackson


Lady Gaga  --  k


Taylor Swift di California

Jennifer Lopez
Besorr kott


Okenggg, That's all :) Layan jelah pic JayBee kat bawah ni kayy 

\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\




Omey takk, ada benda yang tak sepatutnya ada disitu



Byee3 Peace no war ! 

/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/



Khamis, 10 Oktober 2013

My Experience at Hostel

Hahaaiii !!
Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything.
Just turn the tv, sebab harini astro bagi free semua channel :)
*Dipetik dari lagu Lazy Song by Bruno Mars*  Muahaha xD

Okay, sedang aku sibuk melayari internet berkaitan kisah seram di UiTM Lendu., tiba2 terdetik pasal pengalaman aku di asrama. Nak duk asrama ni teringin memang ya, takut pun ya jugak. Maklumlah, ehhhemmm...Aku pernah dua malam tidur kat asrama. Tapi takde laa apa2 yg berlaku. Tak silap aku dekat Asrama SMK Taman Tasik Taiping. Pergi sana sebab ada Chess Tournament peringkat negeri.

Asrama dia memang sunyi, biasalah dekat kawasan hutan. And kalau pegi memang payah nak cari sebab apa tau dak? sebab jalan nak pegi asrama tu kena masuk ikut laluan perumahan dekat bukit. Memang masa nak masuk ikut laluan taman tu rasa mcm pelik and tak logik sebab situ kawasan perumahan. Cikgu mana entah yang bawak kami. Bila dah ikut signboard pon boleh tersesat tak jumpak jalan nak pegi asrama. Berliku-liku ! Dah jumpak asrama tu pulok, kena turun mcm kat bukit sambil belok. Telan air liur kejap lerr..


Ni haa asrama dia, kawasan bukit

Satu hal sebab aku suka asrama dia satu bilik hanya ada lebih kurang 12 katil (nyanyuk), tapi bilik kami ada 10 katil jek , ada la kebebasan sikit dan tak bingit, dah tu dalam bilik siap ada bilik air yang besar dan luas (ini yang aku paling suka, aku tak suka asrama yang bilik air nya kena turun bawah or keluar bilik)  Bilik air pon bersih. Yang aku tak sukanya, bila tengok kat luar tingkap bilik kami, hutan......... .>.< !! Masa nak pilih bilik, geng kami boleh pilih bilik yang kami suka sebab kami sampai awal xD  . Agak jakun  laa masa tu sebab, yola baru first time kan tido kat asrama .. krikk3

Sepanjang berada kat sana, tadak lah apa2 yang berlaku. Mata aku ni pun nasib baik lah boleh tidur kat sana. Selalunya kan kalau first day nak tidur kat tempat yang belum pernah pegi, memang susah ! Memang dalam fikiran aku bercampur2 masa nak tidur, sebab dalam bilik kami ada 10 katil jek tapi yang duk dalam tu cuma 4 orang jek ! akak2 senior semua tido kat bilik lain :( . Kau tahu apa yang aku fikirkan? `siapalah yang tido kat katil kosong tu ekk ` sambil mata aku melilau-lilau tengok kat persekitaran bilik. Hati ini memang sungguh jahat fikir benda2 macam tu !

Tapi ada satu perkara yang.......... jeng3... Ada salah satu bilik shower kot pintunya ditutup dan digam dengan gam lahh.. xD Hatiku mula meronta ronta nak bukakk! nak tengok apa ada kat dalam tu sampai tutup pakai gam segala bagai. Sedang aku menghampiri bilik itu, . . . . . . . . . . . aku dah siap angkat tangan,,,, . . . . . . . . . . nak lap peluhh.. jeng3 ! Muahaha.. :D

And ada satu hal lagii memang serius gilaa weh, Hari kedua tu aku tido lambat, so memang tinggal aku sorang jea sebab mata ni dah tak mengantuk. Dalam keadaan hening malam ditemani dengan bunyi cengkerik , aku pun terlelap.. sedang aku lena diulit mimpi, tiba2 aku terdengar suatu bunyi yang. . . . . Errr, takut aku nak tulis beb ! Dia boleh pulak pegi gerak aku beb ! Sampai terjaga aku dibuatnya.. Si minah yang berbau busuk dah gerak aku la wei, pukul 5 lebih.. Muahaha.. Takut takk????

Ok byee, sebenarnya aku dah tulis lama dah, sebelum PMR tapi tak sempat nak publish. So hampa jangan la pegi check astro hampa pulok. Ngehh3




Isnin, 12 Ogos 2013

My Hari Raya Story !

  Happy Eid Mubarak semua ! Tahun ni kite beghaye kat Johor, balik Paghit Buntaq habis terikut ikut loghat kat sana...Yeayy, kite nak pegi Joho ! Bertolak rasanya pukul 12 lebih sampai kat Joho pukul 8;30 pagi. Perjalanan jauh dan memenatkan yang mengambil masa sehingga 8 jam kott. Jenuh berhimpit dalam keta. Aku lah jadik peneman setia, (ceyh setia konon, padahal aku yg selalu tido) ayah aku kat dalam keta. Sebenarnya kami pegi Joho ramai2 dengan adik beradik lain.Macam konvoi laa ...Kawasan rehat yang wajib singgah mesti kat Tapah..

 Oh ya, Johor rumah Tok dengan Mak Ngah aku dekat Senggarang, Batu Pahat..Rumah Pak Lang aku dekat Rengit, rumah Pak Su aku pulak dekat Kota Tinggi..Lepas sampai rumah opah and tokwan rehat2 kejap pastu petang  pegi rumah Mak Ngah pulak sebab ada open house .. Baju kurung puloks lupa nak bawak, al maklumlah, last minute kott nak pergi Johor..Kalau pegi rumah Mak Ngah, wajib makan asam pedas Johor, sodapp ! Mak Ngah kite masakk ! and kalau pegi rumah Mak Ngah mesti akan ke pantai sebab dekat jee, jalan kaki tak sampai 5 minit pon.. Kite suke pantai tuu sebab takda orang .. Boleh buat sesuka hati .. View pada waktu petang sangat menenangkan ditambah dengan tiupan angin monsun barat daya.. muehehe ..Aku lupa nak snap pic.. :/ waktu senja masa matahari terbenam lagi bestt dowh ditambah pulak dengan angin sepoi-sepoi .. sangat mengasyikkan


Keesokannyaa,tidur dekat rumah Pak Lang aku pulak..dekat rumah Pak Lang aku, kalau jalan sikitt, nampak barang antik, jalan sikit, nampak barang antik..akan membuat orang rasa terpegun dengan barangan yang ada dalam rumah diaa.. kekadang rasa mcm duduk dalam muzium.. muehehe.. malam tu tak sempat nak ajak ayah aku pegi Danga Bay sebab masa tak mengizinkan. Kalau tak malam hari raya ketiga boley ajak, tapi ada Bola puloks. Malaysia vs Barcelona. Aku mesti kena tengok.. tapi keadaan pulak tak mengizinkan(ayat bajet) sedara aku semua nak tengok badminton kt astro. :(  Takleh nak tengok Neymar ngan Messi main, tapi dengar citer Messi tak main.. Serve you right.. kesian peminat Messi nak tengok dia main.. Menghampakan...

Nampaknya, sampai di sini sajaa yang aku boleh tulis, lengah tangan kite aihh .. Sebenarnya banyak lagi nak ceghito tapi tak sempatt.. `Assalamualaikum`



Jumaat, 3 Mei 2013

Serve You Right :P

  Aku tengok jam kawan aku awal lagiii , lekluu...Jam aku kawan aku pinjam..masa nak balikk baru dya bagi..Masa dya bagi , aku tak tengok pon jam aku pukul berapa .Aku pon buad derk jaa ..Chik bg tahu cikgu nk balikk awal , aku pon join sekali lahh..

 Dengan semangatnya aku melangkah keluar kelas , yelaa balik awal . muahaha .. aku jalan lambat . Saja nak usha Crush kt kelas sebelah . Heheh , Ambik kesempatan . LoL , ada ke patut satu kelas cakap aku dating dengan Nazrul aka Chik aka Chik anak ayam .. (melebih pulok) . Maluu aku , ishh .. Dah laa cikgu buad derk jee . Ishhh3

   Hadoii , dah la beg aku tinggal kt bawah , oke .. time nak turun tangga aku nampak awek crush aku , aku buat muka tebal .. sebab aku rasa awek dya tahu yg aku suka kat pakweee dya tuh . -_- , nak turun tangga jugokk lambat sebab ada senior bawak kertas besau punya.. so , tunggu lahh kt atas tangga tuu ..Aku jalan dengan dengan sepantas mungkin ... Alamaakk , depan tu ada roadblock lah pulokk.. huuuhhuu , geng budak lakii , aku pon mencelah laa .. (Aku tahu aku kurus) hahahahaha ..

  Aku tengok belakang , hado makwee crush aku tengah jalan .. aku buat taktau jee . dah habis kemas-kemas beg , makwee dya ada lagii .. dalam hati aku , "lambatnya jalann" ishh .. lepas makwee dya dah jalan baru aku jalan ikut belakang tuhh . Time nak jalann , Ada cikgu Faisal aka Mofai pulokk kt depan tengah sembang ngn cikgu lain .. aku pon bagi salam dengan penuh hormat , nanti tak bagi salam merajukk..hehek , orang bagi salam bukan nak jawab pon ..

   Baru dah nak sampai kt gate , aku tengok tadakk bas pon , Hmm .. sudahh . Usha kt jalan , wuu , bas baru jalan , aku watlek jee , kalau kena tinggal bas .. fuhh .. dah keluar iku pintu belakang , aku senyum .. nasib baik lahh bas berhenti sebab jalan sesak . dah keluar tu , bas jalan lagii...dalam hati aku ni , saborr jelahh ..  Hoi budakk dalam bass , takk nampak ke aku tengah kejar bas .. herr , aku nampak Chik dok tengok2 aku .. dalam hati aku , dya bgtahu Ah Cheng kott .. Cheyy , Aku pon watlek lagii , yolaa.. penat kott . Bila nak sampai kt bas, dya jalan , bila nak sampai . , jalan lagii

  Kuangg2 , penatt gilaa , aku naik selamba jee . padahal punya lah penat tercungap cungap .. huii , Ah Cheng pulokk tanya Lambat keluar ahh ... dia buat dahh loghat cina dyaa .. hmm.. aku pon senyum2 je lahh , dia tanya lagii , ada lagii kaa yg tak keluar .. Nasib baik lahh , Chik yg bgtahu kt Ah Cheng aku tertinggal bas .. Aku pon tengok lah jam , rupa rupanya jam kawan aku tu , lambat 10 minitt .. Haiyya .. Patot lah Ah Cheng jalan dahh .. rupanya jam kawan aku tu yg lambatt..

Moral : Lain Kali Tengok Jam Sendiri , Jangan Tengok Jam Orang Lain .
          : Jangan Jalan Lambat-Lambat , Pedulikan Orang Lain .





Ahad, 7 April 2013

Cerpen - Rahsia Hati



Cerpen ni kawan aku punyaa . Aku rembat dari Blog dya . Hehhe , Sorry la aku cilop kau punya cerpen . muehehe .. Ampunn ! Ampunn !
Tapi haa , buat cerpen tak habiss , sekerat jalan bak kata pepatah 'melepaskan batok di tangga' <-- Cikgu BM Tahun lepas punya peribahasa .


TAJUK : RAHSIA HATI



     “hoi! kau tak pernah tengok cat ke? Cepatlah sikit, ni tak..macam siput! Siput pun tak macam kau”

E’eh, suka hati dia je nak marah orang. Aku simbah dengan cat ni baru ko tahu! Ape dia ingat dia sorang je yang boleh marah. Aku tak boleh?

     “hoi cik kak kalau terasa badan tu ada dua tangan dikurniakan pulak dua kaki, tak boleh nak amik sendiri?”
     “hoi cik abang, tak payahlah duk membebel! Daripada kau membebel baik kau tolong aku cat dinding sekolah nih”

Ish..benci betul aku dengan minah keparat ni. Sapelah yang tak kenal dengan Airin Maisara. anak Dato’ ape ntah. Tak amik tahu pun nama bapak dia. Tapi perangainya jauh berbeza berbanding kembarnya, Aira Melissa yang lebih matang dan lemah lembut. Namun sekasar-kasar Airin, dia tetap cantik dan menjadi rebutan ramai.

Tak dinafikan, Airin memang cantik. Dulu aku hampir jatuh cinta padanya. Tapi lepas tahu perangai buruk dia, pergh cancel terus. Aku pun apa kurangnya hensem mengalahkan Shah Rukh Khan!

     “Afiq Aiman bin Tan Sri Hisham! Kau termenung ape lagi. Mimpi kahwin dengan anak raja ke?” sergahan Airin membuatkan afiq termangu.

Hah puas hati aku. Sejak dari mula lagi aku memang rimas dengan budak dungu ni. Nama je budak pandai tapi kuat berangan. Berbeza dengan kembarnya, Adam Aiman yang lebih cool dan macho. Tapi sayang, perangai buaya laut memang dah sebati dalam jiwanya.

     “Hai baby, you buat ape tu? Nak I tolong tak?”

Ah..ni sorang lagi buaya sungai. Apalah malang nasib aku jumpak orang-orang macam ni. Huh..

     “can you please don’t call me with that name? geli tau tak!” “and lagi  satu, you rabun siang ke sampai tak nampak I tengah buat ape?” ah rasakan  penangan harimau.bertemu buaya sungai! Berani nak panggil aku baby.

     “ala ape salahnye I panggil you baby.. lagipun you kan girlfriend I”
Dany melunakkan suaranya. Sengaja dia menekankan perkataan baby dan girlfriend.

     “`huh! Memang dasar buaya” ingat aku boleh tertipu dengan kata-kata manis kau tuh? Hei sorry sket eh ini Airin Maisara lah!
Airin mula mengomel dalam hati.

     “okay lah kalau you tak nak I tolong. But if you need any help just tell me kay?”


Dany mengenyitkan mata nakal sebelum berlalu pergi. Afiq yang melihat adegan mereka berdua ketawa geli hati. Airin yang sedang berdiri diatas tangga untuk mengecat bangunan atas sekolah telah menjatuhkan tin cat kepada Afiq yang kebetulan berada di bawah. Dia kemudian pergi tanpa menghiraukan Afiq.

     “woi pompuan! Berani kau buat aku macam ni. Aku bagi tahu bapak aku suruh saman kau baru tahu!”

Cakap je lah apa yang kau nak cakap. Kau ingat bapa aku tak boleh saman kau ke.. Itu lah padahnya gelak dekat orang!. Gerutu Airin dalam hati.

     “Langau punya pompuan! Jangan sampai aku jumpa kau lagi lepas nih. Arghhhhh……” benci betul aku dengan minah ni. Kalau aku jumpa kau lagi siaplah kau. Nak tak nak aku kena jumpak kau jugak sebab satu kelas. Balasan akan tiba. Kau tunggu je…

…………………………………………………………………………….......

     “ya Allah anak mama ni. Kenapa baju jadi kaler kuning?”
     “tadi ada sorang budak tu, dia terjatuhkan tin cat kat afiq. Sebab tu macam ni”
     “betul ni?” Datin Umaira inginkan kepastian.
     “betullah takkan lah Afiq nak tipu mama kut” ah tibai je lah, janji mama tak tahu perkara sebenar. Afiq janji ni kali terakhir Afiq tipu mama, tapi….InsyaAllah lah hihi




     “hoi, kau termenung apa tu?”

Sergahan Adam mengejutkan Afiq.

     “Kau ni dari dulu memang tak pernah berubah. Asyik nak gempar aku je”
     “nak buat macam mana dah kau tu kaki berangan”
     “boleh tolong aku tak?” sambung Adam lagi.
     “tolong ape?” emm.. dah tahu dah. Si Adam ni kalau tak mintak tolong aku tak sah! Tapi tak pernah pulak mintak tolong aku cara-cara nak mengayat awek, almaklumlah dia kan pro.
     “Aku dah jatuh cinta lah.”
     “kau demam ke?”

Afiq kemudian meletakkan tapak tangan ke dahi Adam.

     “ish elok je temperature kau.” Afiq kebingungan.
     “kau ni elok-elok lah! Aku serious ni.” “aku dah jauh cinta dengan Aira. Lagipun aku tengok dia ayu je, lemah-lembut pulak tu. Bahagia betul aku kalau dapat dia.”
    
Ya Allah.. aku mimpi ke ni? Biar betul kembar buaya laut aku ni suka dekat perempuan  macam tu? Aku ingat dia minat dekat perempuan-perempuan liar je. Tak sangka taste dia boleh tahan jugak. Afiq tersenyum dalam hati.

     “tengok tu berangan lagi. Nak tolong ke tak ni?!”
     “kau nak mintak tolong ape?”
     “kau tanya lah Airin apa yang Aira suka. Contohnya macam favourite food dia ke. Alah.. kau Tanya je lah dia. Nanti aku bagi upah.” Adam kemudian mengenyit mata nakal.
     “hah? Kau gile ke. Tak kan kau tak tahu aku ada perang dingin dengan kembar dia. Tak nak lah aku pergi bersembang dengan dia. Dah la perangai macam singa. And kalau kau nak tahu, sebab dialah baju sekolah aku jadi warna kuning. I said no!”
     “padan muka kau, sapa suruh kau kacau hidup dia. Ah aku tak kira, besok kau kena start mission kau. Upah nanti aku bagi. Sayang kembar aku muahh…” Adam terus keluar dari bilik Afiq.

Bertuah punya abang kembar. Macam manalah aku nak berdepan dengan singa lapar tu esok eh…
Afiq kemudian tertidur dibuai angin malam. 

 ………………………………………………………………………………

Suasana di kelas sunyi. Afiq keseorangan di dalam kelas sambil memikirkan cara untuk berdepan dengan Airin. Tiba-tiba pintu kelas dikuak. Afiq menoleh ke belakang untuk melihat. Pandangan mereka bertembung..lama…….Airin cepat-cepat menoleh ke tingkap.
Malu agaknya.


Aduh! Apesal aku tengok dia sampai nak terkeluar bijik mata. Menyesal la pulak. Tapi bila tengok muka dia lama-lama, makin cantik.. hehe. Tanpa sedar Afiq tersenyum kambing seorang diri.

Ish.. apehal pulak mamat ni senyum sorang-sorang. Kalau aku layan,aku pulak jadi sewel. Baik aku buat kerja aku.Tapi kenapa tadi jantung aku berdegup kencang sangat? Aku jatuh cinta ke? Ah.. tak mungkin. Takkanlah aku jatuh cinta dengan mamat blur ni. Agaknye dia masih marahkan aku tak pasal semalam?

Airin tertanya-tanya dalam hati.

     “emm..Airin”
     “emm…” balas Airin acuh tak acuh.
     “aku nak tanya sikit”
     “Tanya ape? Jawab Airin tanpa menoleh ke arah Afiq
     “Aku nak tanya pasal kembar kau”

Ish..aku mengigau ke? Biar betul mamat ni nak tanya pasal kembar aku? Dia minat kat kembar aku ke? Tak boleh jadi ni..

Suasana sunyi

“Tanya pasal ape?” soal Airin inginkan kepastian
“kau jangan salah faham pulak..sebenarnya aku….”

Perbualan mereka terhenti apabila beberapa orang rakan mereka masuk ke dalam kelas. Suasana bertukar menjadi gamat.


Kelas terhenti apabila loceng rehat berbunyi.

     “ish.. bising betul lah loceng sekolah kita ni”
     “kau ni Airin, patutnya bersyukurlah dia berbunyi. Kalau dia tak berbunyi alamatnya kebulur kita kau tahu.. kau tak pe lah anak dato’ , aku ni duduk asrama. Orang bagi makan apa pun telan je lah.”
     “aku cakap sikit, kau cakap banyak.”  Penatlah dengar kau berleter.. sebijik macam mak nenek!

     “Airin.. tunggu kejap” panggil Afiq
     “Marina, kau keluar dulu aku ada hal kejap”
     “beres bos!”

Ish.. ape lagi mamat ni nak! Benci betul

     “aku belum habis cakap lagi pasal tadi”
     “apa yang kau nak tanya?
     “emm…sebenarnya Adam minat dekat Aira. Boleh tolong bagi tahu tak favourite food or whatever. Bagi number phone lagi bagus. Amacam?”
     “what! Crocodile sea minat dekat gadis melayu terakhir? Unbelievable.. tak payah susah-susah, kakak aku takkan suka dekat kembar buaya laut kau tu. Semua dah jelas kan? Sorry to say and enjoy your lunch.” Airin senyum mengejek.

Huh.. kalau dia ni adik aku, dah lama aku lempang laju-laju. Aduh macam mana dengan Adam? Jerat tak mengena la pulak. Ah lantak kau lah.

………………………………………………………………………………

     “emm..Adam”
     “yup..”  
     “so macam mana dengan mission kau?” sambung Adam lagi
     “Jerat tak mengena la beb..boleh dia gelak dekat aku yang tengah serious…” Afiq kemudian menceritakan kepada Adam perkara tersebut
     “haha... kesian kembar aku”
     “kau tak kisah ke?”
     “tak kisah pun.. happy lagi ada”
     “hah?” Afiq bingung.. aku lempang laju-laju budak ni nanti sah bengong!

Adam kemudian ketawa seperti orang tidak waras. kalau orang Tanjung Rambutan tengok pun sah dia mengaku ‘yes! Ini kawan aku’ …

………………………………………………………………………………..


Will Be Continue ,

Jumaat, 5 April 2013

Once Upon A Time

 Once Upon A Time ...
Suatu masa dahulu .

     Benda yang aku tak boleh lupa , masa aku form 2 .. heheh
Kami tunggu bas kat satu tempat ni , ada pondok tepi tu ada pokok pisang . Kami tunggu bas awal setengah jam . Tujuh orang geng Bas Sekolah .. haha * Aku , Atikah , Izlin , Petak , Fahmi , Haikal , lagi sorang tak ingat nama * Teruk bukan ?! Tapi tahun ni Kami tunggu bas 3 orang jea . Sebab yg lain2 tu semua form 2 tahun ni kecuali Fahmi . Okay , Straight to the point ..

    Once Upon A Time , (berapa kali aku nk ulang once upon a time)
Kami Tunggu bas macam biasa , Awal setengah jam.. Adik Izlin , iaitu Haikal bawak lighter . Kat tepi pondok tu ada pokok pisang daunnya kering . Haikal pegi cucuh lighter tu kt daun yg kering tuu .. Mula2 api perlahan jea .. pastu apa lagi , api u merebak satu pokok pisang tuu , then api tu mula merebak k zink pondok tuu . . Aku dengan Atikah lari .. Kami tak bersalaahhh !!? heheh . Haikal dgn budak2 laki tu cuba nk padam api guna air dlm botoll.. mana lah nk padam api tuu .. pastu semua pakat lari .. tunggu bas agak jauh .. Bas pon sampai masa naik bas nk tergelak gilaa .. hahaha , lalu kt tempat tu , lega Alhamdulillah api dah padam tapi ada bekas hitam2 kt pokok pisang tu .. Gila2 kan ?

     Berani Punya Budak .. Heheheh

Ahad, 6 Januari 2013

Azam 2013

Wahh !! Lama gilaa x update blog :P
Masuk tahun 2013 , semua orang mesti ada azam yg tersendiri ..
begitu juga dengan aku ,
Almaklumlah PMR Candidate ! Tahun ni kena berusaha lebih lahh .. mcm tahun lepas , x habiss nk gelak , enjoy jeg .. redha jelah tahun nih .. baru first day sekolah dah ada homework bertimbun timbun ! :3  sabor jelahh .. tunggu berberapa bulan jeg , nanti PMR lah ..( Ishh ayat aku cam gampang pulok) aku pon cam x caya jeg yg tahun ni aku PMR dan last PMR ! dah besar rupanya aku :P
  
    Rasa sedihh pulok bila sorang kawan nih dah x sama kelas..Maklumlah , dya kan pandai sebab tu lah dya naik kelas RK ! Nama dya Syikin .. time dalam makmal aku dok usha dya , hehheh ! dalam kelas mcm x dak kawan jeg .. rehat pon sorang2 !

   Ni den nak cerito first day sekolah
Kring3...bangun and bersiap2 nk pegy sekolah..semangat nihh.. then dalam pukul 6 lebih nk pakai baju dengar bunyi bas..*cepat2 keluar* *lega* bas pekerja .. nak pakai tudung pulok ..bunyi bas *cepat2 keluar* Arghhhh!!!!!!!!! dalam hati *first day dah kena tinggal , tak sangka mimpi aku jadik kenyataan*
haha..sebelum tu memang mimpi aku lambat pegy sekola.. ok fine , ayah aku hantar ..
   Dalam perjalanan .. sobsobsob*** terjumpak lolli.. Kiah , jangan jeless :P ..muehehe
masa dah sampai tu .. Ehh , asal x dak org berkumpul pon .. rupanya2 semua dah ada berkumpul kt DTM .. ingat kan x jumpak nk carik kengkawan nihh..naseb bek sekali pandang jeg dah jumpak :D

# For PMR , hehe.. kalau boley aku nk ikut jejak langkah LeMon :)
Dear Cikgu , Boleh tak tangguhkan PMR bagi lambat lagii :3
         

nantikan entry lain pulok :3