Jumaat, 21 November 2014

Friends Give Away – by Aina Rahim

http://ainarahimar.blogspot.com/2014/11/friends-give-away-by-aina-rahim.html

Klik banner untuk join giveaway by Aina Rahim

 Pengumuman para pemenang akan di umumkan pada 16 Disember dan dicabut melalui cabutan bertuah oleh AR sendiri.

Mega Giveaway by Sya Domoru



Assalamualaikum uolls. Segmen khas untuk kpoppers tegar di alam maya. For da first time nak join giveaway ni. Yelaah, cuti sekolah sebulan tak buat apa, bosan ! Seriously, join sebab hadiah2 yang menarik ! Hope boleh terpilih sebagai pemenang random sebab join pon dah lambat. akekee xD So, kepada sesiapa yang nak join, silakan. Sebab syarat2 pon mudah dan simple, tapi hadiah memang woww !


Senarai hadiah gempak :-
  • Blouse x 1 by Rexylla
  • Blouse x 1 by Mak Jah Closet’s
  • Telekung x 2 Jubah Muslimah Moden *New
  • Handsocks x 15 by Jubah Muslimah Moden *New
  • Selendang x 2 by Wir Aida
  • Cash RM 10 x 2 by Maishoppe
  • Keychain from Bandung x 1 by Nur Syazwani
  • Supplement Shaklee Chew Vitamin C x 2 by Maishoppe
  • Sophie Love Mirror x 1 by Be Fabulous with Sophie Paris
  • EXO - Die Jungs Unofficial Polaroid Set (30pcs) x 1 by A.M Kpop Shop *New
  • Random Badge (KPOP RELATED) x 3 by A.M Kpop Shop *New
  • Bap socks x 1 by Shiedah 
  • SD photocard x 2 by BB K-House
  • Pvc photocard Chen x 1 by Shiedah
  • Sticker Exo x 1 by Kshopaholic Mlysia
  • Sticker Infinite x 1 by Kshopaholic Mlysia
  • Sticker Super Junior x 1 by Kshopaholic Mlysia
  • Xoxo (EXO poster) x 1 by Choco K-pop Shop
  • Infinite goodies x 1 by Korean Shop Collection
  • Baju Overdose (EXO)long sleves x 1 by Nur Syazwani
  • Discount voucher 10% by Rexylla
  • Discount RM 10 x 1 for unofficial merchandise by A.M Kpop Shop *New 
     
     
    Pemilihan pemenang :-
  • Top Referral 
  • Random 

Jumaat, 14 November 2014

Story behind 4 Science 2014

Holla... Hollaa... #Holler #NowPlaying. Hahahaa

Minggu ni wa baru habis exam. Ualls mesti tau tujuan iallss berblogging di petang hari yang panas ini. Kehh kehh kehh. Rasa mcam baru jaa ambik PMR. Rupanyaa, dah nak masuk From 5 dah. Hmmm. Cepatnya masa berlalu. Nanti nak SPM pulak. Aaaaa. strugle

 Aku memang berhasrat nak menulis pasal cemana aku boleh masuk kelas yang femes sangat :3 nih. I don't know why. Lepas dapat result PMR. Aku memang tak fikir panjang. Fikir pendek sampai tak boleh tidor malam. ngehh3.. Dengan result yang tak seberapa. Aku buntu. Aku seolah olah dibelenggu. ecewahh. Masa hari yang nak kena pilih nak masuk kelas mana, aku just tick jaa first choice 4 sains then second choice 4vt1. Lepas dah hantar borang ....Aku seolah olah tak tahu apa yang telah aku buat ?! Aku tak bincang pon dengan parents aku. Sebab aku dah tanya, jawapanya, "ikut suka, asalkan benda yang hang minat, tapi kalau boleh ambik la sains' cliche sangat. Apa yang aku tau masa tu hanyalah 'aku nak jadi doktor'. Entah cemana cita cita ni boleh ada dalam diri aku. Tapi sekarang dah taknak jadi doktor. dah tak minat sebab doktor ni takda life.. sains ekstrem ni pilihan nak bidang mana luas. sangat luas. Tapi tu pon kalau result bagus. Insha Allah. Okay, back to the story, lepas dah hantar borang tu aku pasrah. Kalau takdir aku masuk kelas Sains, aku terima. Aku redha. Tapi kalau bukan, mungkin itu jalan yang terbaik untuk aku.

Then tibalah waktu announcement sapa dapat masuk kelas gemilang. Then, kelas 4 Sains pulok. Tiba2, nama budak ini disebut....Nurul Azlina Bt Shamsuddin. Aku terdiam. Aku tersenyum. Inilah takdir aku. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Terasa bagai waktu berhenti seketika. Kawan aku semua pakat tahniahh.. ceeee.. Bagaikan suara background yang selalu ada scene dalam tv ceghita korea. Then waktu berjalan kembali bila kena marah dengan cikgu sebab lambat sangat bangun.**imagine sikit** Aku pon bergegas naik ke kelas. Dari situlah bermulanya perjalan aku sebagai seorang pelajar sains ekstrem. Dari situ kehidupan aku berubah 180 darjah. xD Aku bukan lagi pelajar sek. men. rendah. Aku kena selalu rajin. Aku tak boleh malas. Walaupun malas ni dah sebati dalam diri aku. Dah masuk kelas 4 Sains ni, ambik 9 subjek. BM, BI, SEJ, AGAMA, BIO, FIZIK, KIMIA,ADD MATH, MATH. Bertambahlah beban. Ok, lepas masuk kelas sains, aku tak suka bila orang tanya kenapa ambik kelas sains? budak sains ka? Aku tak tau nak jawab apa.. Habeh kau expect muka aku ni macam litmus paper? macam NaCl, macam muka Aurum? macam Aloi? Pastu ada laa hamba Allah yang macam nak melemahkan semangat aku. Cakap sains ekstrem ni susaaahhh laa. Boleh ka bawak..

Haaa... budak account dengan sastera memang semua yang terbaik :3 Cikgu selalu nak membanding bandingkan kami. Eehhh. parents aku pon tak buat macam tu lahh. serious talk. Asal yang buruk jah semua kami. Apa boleh buat. Cikgu selalu bagi nasihat macam perli. Cikgu cakap kalau jumpak kat luar tegur sebab senior2 yang pandai dulu jumpak kat luar tak tegur dan sombong. Ada cikgu yang terasa. Cikgu mana boleh samakan kami dengan senior2 tuu. Hmmm.. Asal aku masuk kelas mana ja, mesti kelas tu mendapat nama yang buruk. :3 Tapi yang pasti bukan sebab aku laaa xD

Lepas  masuk kelas Sains beberapa bulan. Baru kenal perangai sorang2. Yang penting kelas kami Havoc. Happening. Gila2. Ada yang terlalu pendiam sampai tak pernah dengar suara. Ada yang hyperactive. Ada yang suka bebai. Ada yang chill. Ada yang over friendly, Ada suka mengejek orang, Ada yang suka cari pasal. Ada yang kuat touching laa, semua adaa. Lastly, bagi menutup karangan ini, Aku harap yang sepanjang dua tahun duduk dalam kelas 4 sains kita boleh cipta moment yang indah dan the best sebelum melangkah keluar ke dunia realiti hidup yang sebenar :) Fighting ! Much love from me, Datin xD *Don't know why aku rasa nak manitis air mata bila tulis penutup :D





                                                                       Ok Bye !

Sabtu, 11 Oktober 2014

Stories About SONE and EXO-L

Sobss. sobss.. tumpang laluu. nak bersihkan blog aku yang berhabuk nii xD
Berapa lama dah aku tak update mahupun sentuh blog ni (erkk. boleh pulak sentuh) Nak kata busy, taklah busy tera mana pong.

 Ok, sebelum tu, mesti fans2 or kpoppers tengah sedih kaan ? Me tooo :( First, pasal Kris lawsuit. Sec, Sulli hiatus. Then, Jessica dipaksa keluar dari SNSD?! My fav girl band you alls ! iamSONE ! How can? How could? hmmmm... and now ? Aku on je twitter. terus terlopong bijik mata tengok hashtag #alwayssupportluhan he's trending with Kris. Luhan ..  Luhan keluar dari EXO. maigadd. i kennot. Masa first aku minat EXO, Luhan was my biased. Now my bias is Chanyeol. Iam Mrs. Park. Akekeke :( Who's next SM Ent ? Huwaaaa ><  Now.. I am YGstan (i think) I started loving 2NE1, Big Bang, Tablo, AKMU and all YGFamily xD

                                            

Hmmm. Masa EXO-L and SONE tengah bersedih. hashtag #ifChoiSiwonistheCEOofSM
really made me laughing. They also made this ualls 


 And... really. they take it serious guys.. see this ! occupations :


However.. for me, they always OT9 and OT12

I really love this pic >< 
There are many rumors about this issue. I will belive all the members. There are no betrayer !


 Ok Bye !


Selasa, 1 April 2014

I Wonder - Keajaiban Air !

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikaji lagi bersama-sama "Kenapa dengan izin-Nya air tawar boleh menyembuhkan penyakit?"

Di Jepun,  Dr. Masaru Emoto  dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perilaku air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 darjah C di makmal, kemudian diambil gambarkan dengan mikroskop elektron dengan kamera kelajuan tinggi.Ternyata molekul air membentuk kristal segi enam yang indah. Percubaan diulangi dengan membacakan kata, "Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)" di depan botol air tadi. Kristal kembali membentuk sangat indah.Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato". Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata "setan", kristal berbentuk buruk.Diputarkan muzik Symphony Mozart , kristal muncul berbentuk bunga. Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.
Ketika 500 orang menumpukan memusatkan mesej "peace" di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah .....
Ketika dibacakan doa untuk kesembuhan didepan sebotol air maka terakam kristal seperti ini


Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, kristal akan hancur


Ketika diputarkan muzik symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga

Ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan


Selanjutnya ditunjukkan kata "malaikat": terbentuk rantai dengan kristal hexagonal yang indah (gambar kiri) dan ketika ditunjukkan kata "setan", kristal berbentuk buruk dengan bola api ditengah (gambar kanan)


Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh "mendengar" kata-kata, boleh "membaca" tulisan, dan boleh "mengerti" mesej.
Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam mesej, seperti pita magnetik atau compact disk . Semakin kuat konsentrasi pemberi mesej, semakin dalam mesej dicetak di air. Air boleh memindahkan mesej tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan, kenapa air putih yang dido'akan boleh menyembuhkan si sakit. Dulu ini kita anggap musyrik, atau paling sedikit kita anggap sekadar sugesti, tetapi ternyata molekul air itu menangkap pesan doa kesembuhan, menyimpannya, lalu vibrasinya menjalar kepada molekul air lain yang ada di tubuh si sakit. Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5% air. Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air.
Air putih galon di rumah, boleh setiap hari didoakan dengan khusyuk kepada Allah, agar anak yang meminumnya soleh, sihat, dan bijak, dan agar suami yang meminum tetap setia. Air tadi akan berproses di tubuh meneruskan pesan kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Allah, pesan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari.
Bila air minum di suatu bandar didoakan dengan serius untuk kesalehan, insya Allah semua penduduk yang meminumnya akan menjadi baik dan tidak beringas. Rasulullah saw. bersabda, "Zamzam lima syuriba lahu", "Air zamzam akan melaksanakan pesan dan niat yang meminumnya". Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan sakit, dia akan sembuh. Subhanallah!  Pantaslah air zamzam begitu berkhasiat kerana dia menyimpan pesan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim as
Bila kita renungkan berpuluh ayat Al Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air.  Bahawa air tidak sekadar benda mati. Dia menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia.  Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat wajib perlu air wuduk 5 kali sehari. Habis bercampur, suami isteri wajib mandi. Mati pun wajib dimandikan. Tidak ada agama lain yang menyuruh memandikan jenazah, malahan ada yang dibakar. Tetapi kita belum melakukan zikir air. Kita masih menghormati air. Kita buang secara mubazir, bahkan kita cemari. Astaghfirullah .
Seorang saintis Jepun telah merintis. Saintis muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al Quran dan hadis.
Baca dan perhatikan petikan di bawah ini:
Pada Khamis, 10 November 2002, Pihak Pengurus Masjid dari Wisma Telkom Semarak, menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Di antaranya mengenai Air yang merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia.
Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.Ustaz menceritakan pengalaman beliau menghadiri salah satu seminar mengenai air yang diadakan di Hotel Istana belum lama dari saat beliau menyampaikan ceramah, di mana kebanyakan peserta seminar yang hadir terdiri daripada orang selain Islam kecuali 2 orang yaitu Ustadz Abdullah dan seorang penziarah dari UM.
Pemberi ceramah tersebut, seorang Profesor pakar air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajian mengenai air, beberapa slide yang ditunjukkan kepada hadirin adalah gambar sampel-sampel air yang diambil dari pelbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan lain).
Dari gambar tersebut, kelihatan pelbagai rupa dan bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang samar-sama berbentuk seolah-olah seperti jin yang tidak begitu jelas dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya. Rupanya mengerikan dan menakutkan.
Profesor tersebut berkata, "Banyak lagi sampel-sampel air yang lain, tapi rupa dan bentuk molekulnya hampir sama. Sekarang saya akan tunjukkan sampel air yang lain dari sampel-sampel tersebut. "
Kemudian terlihat satu bentuk susunan molekul AIR yang tersusun cantik. Bentuknya seolah-olah berlian yang bersinar-sinar, dan dari sinarnya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah , cantiknya.
Molekul Air Zamzam

Lalu Profesor tersebut bertanya: "Adakah yang tahu, sampel air apakah ini?" 
Seluruh Hadirin terdiam, kemudian seorang penziarah dari UM menjawab, 
"Saya rasa itu adalah sampel air Zamzam"
Profesor dengan segera meminta Penziarah tersebut ke atas dan bertanya, 
"Berikan saya sebab kenapa anda menjawab kalau itu adalah sampel air Zamzam?" 
"Kerana air Zamzam adalah air yang termulia di dunia ini"
Profesor itu berkata, 
"Saya tidak tahu benar atau tidak air Zamzam itu air yang paling mulia di dunia ini, tapi betul ini adalah sampel dari air Zamzam"
Kemudian Profesor menerangkan, bahawa kata-kata boleh mempengaruhi bentuk molekul-molekul air. 
Dan dalam kesempatan tersebut beliau membuat experimen , bagaimana kata-kata dapat mempengaruhi bentuk molekul air.
Hadirin yang ada diminta untuk membacakan sesuatu ke dalam air mineral masing-masing, dan salah seorang diminta untuk menguji sendiri bentuk molekul air yang telah diberi bacaan tersebut.
Dan pada skrin monitor kelihatan molekul-molekul air tersebut membentuk rupa seolah-olah engkong cina yang mempunyai janggut panjang dengan perut yang buncit.
Tiba giliran Ustaz, air tersebut dibacainya surat Al-Fatihah, Salawat dan Ayat Kursi. Maka nampaklah bentuk molekul air yang seperti berlian, bersinar dan berkilau-kilau.  Subhanallah ...
Lalu oleh profesor, Ustadz diminta membaca sekali lagi mana-mana ayat atau kata-kata yang tidak baik.
Segera dalam skrin monitor kelihatan bentuk molekul-molekul yang berubah seolah-olah sel-sel darah.  Subhanallah ...
Kerana itu Ustadz meminta untuk mengambil hikmah dari cerita pengalaman tersebut. Ustaz berkata,
"Jika kita ingin air terasa manis, masukkan gula, jika ingin air berwarna maka masukan pewarna dan jika ingin air itu mulia, maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kedalamnya"
Subhanallah ...
Maha Besar Allah ..
Keajaiban Air ZamZam
Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, Nabi bertanya kepada Abu Dzarr, yang telah tinggal selama 30 hari siang malam di sekitar Kaabah tanpa makan-minum, selain Zamzam. "Siapa yang telah memberimu makan?". "Saya tidak punya apa-apa kecuali air Zamzam ini, tapi saya boleh gemuk dengan adanya gumpalan lemak di perut saya" Abu Dzarr menjelaskan, "Saya juga tidak merasa lelah atau lemah kerana lapar, dan tak menjadi kurus". Tambah Abu Dzarr. Lalu Nabi saw menjelaskan: "Sesungguhnya, Zamzam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi".
Nabi saw menambah: "Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail "  (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas)
Air Zamzam mempunyai struktur unik dan kemampuan penyembuhan luar biasa.
Keistimewaan air Zamzam memang tak boleh dinafikan. Walau setiap tahun diambil jutaan manusia dari seluruh dunia, sumber air itu tidak pernah surut.
Berapa banyak air Zamzam yang di "kuras" setiap musim haji? Mari kita hitung secara sederhana. Jamaah haji yang berdatangan dari seluruh penjuru dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah kira-kira dua juta orang. Semua jemaah diberi 5 liter air Zamzam ketika pulang nanti ke tanah airnya.
Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu sahaja sudah 10 juta liter.  Disamping itu selama di Mekah, kalau saja jamaah rata-rata tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka totalnya sudah 50 juta liter!!.  Ini hanya gambaran sahaja, betapa luar biasanya air Zamzam ini dimakan manusia, tanpa pernah kering!
Itulah salah satu keanehannya. Puluhan juta liter air boleh keluar dari sumur di Mekah ini yang letaknya di tengah padang pasir yang kering. Daerah padang pasir yang hujannya saja cuma 2 kali setahun. Dan air itu keluar dari telaga air yang hanya bersaiz kira-kira 5 x 4 meter sedalam 40an meter, bukan dari empangan bersaiz Waduk Ombo misalnya. Allahu akbar .
Hasil kajian sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa Zamzam mengandungi zat fluorida yang punya daya efektif membunuh kuman, layaknya seperti sudah mengandungi ubat. Lalu perbezaan air Zamzam dibandingkan dengan air telaga lain di bandar Mekah dan Arab sekitarnya adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam.
Itu mungkin sebabnya air Zamzam membuat kesan menyegarkan bagi jamaah yang kelelahan.Tambahan lagi, hasil makmal Eropah menunjukkan bahawa Zamzam layak untuk diminum, sihat untuk diminum.
Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil, sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. "Rasanya" selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun. Tak pernah ada yang complain . Dan air Zamzam ini tak pernah dicampur bahan kimia apapun seperti layaknya air PAM kita. Murni air sihat.
Satu kehebatan lagi, sumur air Zamzam tak pernah ditumbuhi lumut, padahal di seluruh dunia sumur selalu ditumbuhi lumut dan tumbuhan mikroorganisma


Tak hanya itu, hasil kajian Dr. Masaru Emoto dari Jepun membuktikan air Zamzam mempunyai struktur unik dan kemampuan penyembuhan yang luar biasa.
Sejarah telah membuktikan khasiat dan keistimewaan air Zamzam dari zaman ke zaman.
Di sebuah lembangan bukit batu hitam gersang, di mana hujan hanya 10 sentimeter per tahun, secara teorinya sangat tak masuk akal jika di dalamnya terkandung sumber mata air bersih yang luar biasa deras, berkhasiat, dan kaya mineral.
Meski usianya sudah lebih dari 4,000 tahun (sejak putra Nabi Ibrahim dilahirkan, pen .), mata air ini masih dapat dinikmati seluruh umat manusia hingga kini.
Kisah memancarnya air Zamzam bermula pada zaman kenabian Ibrahim.
Kala itu Nabi Ibrahim yang perlu bertolak ke negeri Syam atas perintah Allah terpaksa meninggalkan isterinya Siti Hajar dan bayinya Ismail di lembah Makkah yang tandus.Sekantung kurma dan air yang ditinggalkan untuk mereka berdua habis setelah 2 hari berselang. Ketika rasa haus sudah mencapai ubun-ubun dan si kecil Ismail menangis kehausan, bingunglah Siti Hajar.
Berlarilah Siti hajar mencari air melintasi Bukit Safa lalu kembali ke Bukit Marwah. Namun air yang dicarinya tidak juga ditemui. Namun pada pusingan ke-tujuh setelah bolak-balik Safa dan Marwah, Siti Hajar terduduk lemas di samping bayinya. Tiba-tiba dari tanah tempat duduk Ismail yang ketika itu menangis kuat sambil menghentak-hentakkan kakinya keluarlah air.Sang ibu yang kaget spontan berseru, "Zummi, zummi" (berkumpullah, berkumpullah). Dari cerita inilah kata Zamzam berasal.
Telaga air Zamzam yang tak pernah kering dan tak tercemar ini terdapat di Gurun Saudi Arabia.Keberadaannya senantiasa mengundang decak kagum. Bayangkan saja, sumber air zam-zam ketika diambil gambar satelit ternyata terhubungkan dengan Laut Merah atau Laut Mati yang bersatu menuju satu titik di bawah Kaabah. Tak heran jika air ini tidak pernah habis sepanjang zaman.
Begitu juga seputar kejernihan dan khasiatnya. Siapa sangka jika air Zamzam sudah mengalami proses penapisan sangat unik, yakni melalui bebatuan dan gurun pasir yang berlapis-lapis. Air ini mengandungi pelbagai mineral dan zat yang diperlukan tubuh. Mineral dan elemen-elemen itu jumlahnya amat hebat, kira-kira 2 ribu miligram per liter. Di antaranya, sodium (250), kalsium (200), potassium (20), magnesium (50) sulfur (372), bicarbonate (366), nitrat (273), fosfat (0.25), clan ammonia (6).
Tak hanya itu keajaiban air Zamzam. Kajian ilmiah yang dilakukan doktor dari Universiti Yokohama Jepun, Dr. Masaru Emoto membuktikan, kalau air Zamzam yang selama berabad-abad mengalir di kawasan tempat peribadatan umat Islam itu mempunyai struktur yang unik.
Dalam bukunya The True Power of Water yang laku keras di Jepun dan Amerika tersurat bagaimana air Zamzam mempunyai kekuatan penyembuhan yang luar biasa. Tak salah jika Rasulullah SAW pernah bersabda, "Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air Zamzam.Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit ".
Menurut Masaru Emoto, air mempunyai sifat sensitif namun juga reaktif.
Jika dibacakan padanya kata-kata yang baik, air akan bertindak balas positif. 
Sebaliknya, jika diberikan kata-kata buruk, maka air juga akan bertindak balas sifat dan makna kata-kata tersebut.
Keunikan air digambarkan Masaru Emoto sebagai sebuah kristal yang boleh berstruktur indah heksagonal (segienam) atau bahkan kristal pecah tak beraturan. Label baik atau buruk inilah yang pada akhirnya akan menentukan jenis kristal yang akan terbentuk nantinya.
8 Fakta Keajaiban Air
1. Tidak semua air sihat dan jernih membentuk struktur kristal jika dibekukan. Hanya air yang sihat dan berada di persekitaran yang menyenangkan dan baiklah yang boleh.
2. Struktur molekul air dipengaruhi oleh getaran, muzik, kekuatan pemikiran, doa, kata-kata atau tulisan yang dilekatkan (dilabelkan).
3. Air Zamzam dan Mekah ketika dibekukan dan difoto membentuk kristal segi enam yang jernih dan sempurna.
4. Air boleh memberi pengaruh positif dan negatif. Kerana itu sangat disyorkan untuk berdoa sebelum meminumnya.
5. Air dari perairan yang tercemar, air paip, beracun, dan dipanaskan tidak akan pernah membentuk kristal.
6. Air yang telah diberikan lantunan muzik klasik atau doa selepas dibekukan dan diambil gambar di bawah mikroskop akan membentuk kristal segienam berbentuk bunga yang indah.Berbeza jika diperdengarkan muzik keras (heavy metal).
7. Meditasi dan doa hanya bersifat sementara mempengaruhi molekul air. Buktinya, upacara ritual dan meditasi yang dilakukan tidak terus menerus di sebuah perairan yang kotor dan berbau, hanya mengubah bau sementara.
8. Lantunan doa yang terus diperdengarkan sepanjang zaman seperti yang terjadi pada sumber air zam-zam, dipercayai membuat berkualiti molekul airnya bertambah bagus, seperti kristal heksagon yang berpendar teratur dan berwarna indah.
Kesimpulan:
  • Masa nak minum air, sebutlah perkataan yang baik
  • Jangan mengata orang or bersembang masa minum air/makan
  • Ada hikmahnya kenapa kita dilarang bercakap masa makan or minum