Khamis, 24 November 2016

Lepas SPM

   Mobe on to the next chapter of my life. lepas spm pegi mana? dah tunang ke? eh? eh?! hahahahhaa tah le nak. lepas habis zaman sekolah ni rindu gila babeng. rindu dekat memory yang dah tercipta dengan kawan kawan je laaa. sekolah tu tak rindu sangat pun :D kkk sekarang life dekat uni memang beza sangat dengan life as a high school student yang  setiap masa huhahuha tak hengat donia sampai kena denda lompat katak satu aras.

    Okay, point utama wujudnya entri kali ini adalah untuk menceritakan pengalaman aku selepas spm dan as a uni student life. Ramai kawan kawan even junior sekolah tanya ehhh "kau study mana sekarang" "ambik course ape je" dan aku tau hadek hadek yang akan duduki peperiksaan spm16 pun mesti akan melalui saat saat yang pernah sis lalui, iaitu saat kau kena pilih jalan mana yang akan menentukan masa depan kau. Dah hujung tahun ni mesti hadek hadek akan search course2 and Uni2 yang korang minat kann.

    Lepas spm, sis memang fikir banyak kali jugak lah yang sis taknak sambung di matrik. sebab sis rasa tak mampu nak pickup pembelajaran yang cepat. Jadi sis rasa nak sambung diploma je. Sebab dengan sijil diploma, kau boleh apply kerja and ikut kau lah nk sambung degree or tak. Tapi better kau pegang degree la untuk zaman sekarang ni

   Okayy, masa keputusan UPU keluar, sis dapat tawaran daripada Uni teknikal melaka malaysia (utem) untuk course ICT. Setelah berfikir masak semasak masak lembutnya, sis yang langsung takde basic ICT ni telah menerima tawaran tersebut. Siap  isi borang, ambik gambar background merah lagi. huhuhu. Lepas je dh siap persiapan, tup tup, tiba2 sis dapat tawaran daripada unikl untuk course Medical Assistant. Yeee memang sis ada apply Unikl. Tapi tak sangka pulak dapat course ni. Sis langsung taktahu mengenai course ni. Setelah membuat carian dan research(-_-) sis telah menolak tawaran utem dan menerima tawaran daripada unikl. Sebab apa? Sebab minat sis lebih kepada biology dan semestinya tarikh pendaftarannya selepas raya xD

    Jadi sis di sini nak cerita pasal course yang sis pilih which is Diploma in Medical Assistant ataupun dikenali sebagai Assistant Medical Officer(AMO) di hospital. Sis sekarang study course ni di UniKL Mestech. Course ni baru saja dibuka di sini. Which is mean, sis adalah batch pengambilan ketiga. Since sis baru saja 3 bulan study kat sini, boleh dikatakan masih baru, jadi tak banyak lah pengalaman.

Okay first, subjek. Antara subjek yang korang akan belajar masa sem 1 ni, of course Anatomy&Physiology which is antara subjek terfavorite sis. Bioscience. subjek ni mcm more to chemist la. Microbiology&Parasitology. More about bacteria and penyakit2. Behavioral Science, Professional Development, English, Entrepreneurship, Pengajian Malaysia and Amalan islam. Mesti korang pelik kan kenapa kena belajar entrepreneurship. hahahaa sebab sis pun tak faham sampai sekarang >.<

  Medical Assistant di Mestech ni course yang special, haaaa. sebabnya korang hanya akan ada di mestech dan menikmati suasananya yang indah hanya setahun lebih sahaja, lagi setahun lebih korang dah akan ada di ward untuk menjalani praktikal. Seronok bukan? hahaha. Senior first batch pun sekarang dah praktikal di Melaka and selangor. Korang jangan risau, sebabnya korang tak perlu untuk menyewa di luar sebab student2 DMA akan diberi keistimewaan untuk tinggal di hostel sehingga praktikal. Hanya student DMA okay. yang lain nooo. Jadi korang perlu rasa bertuah. hehehee.

  Next, MA dekat mestech jugak dipantau oleh board ataupun lembaga MA sendiri. Korang perlu lepas carry mark yang diwajibkan. kalau tak, korang tak boleh ambik final. Even soalan final exam pun akan dipantau. Means lecturer pun tak tau soalan mana yang akan keluar berdasarkan soalan yang diorang buat. See, maksudnya baguslah kalau result korang dipantau. takde la korang memain sangat. takde la lagha sangat. lagha, laghaaa. huhuhu. 70% markah akan diambil untuk final and 30% akan diambil masa korang buat essaimen, tutorial, test, etc.

  Okay, sekarang pun musim tengah jawab test. Maka dengan itu, sis ingin mengundur diri dulu. huhuhu. Sis merajinkan diri update khas untuk korang :P