Khamis, 5 Disember 2013

Macam Cantik Jer Macam Comel Jer By Amar

Weh weh weh... aku agak ketinggalan.. wakaka, mesti korang dah dengar lagu macam cantik jer macam comel jer oleh Amar ala2 nasyid.. best siott!

Perbualan aku dengan abang aku :

Bro: (nyanyi) macam cantik jer macam comel jer, haa.. hang tau ka lagu macam cantik jer macam comel jer ?!
Me: Elehh, hang ingat aku taktau ka. Aku dengaq lama dah aihh, bukan macam hang lambat setahun xD
Bro: Erkk.. !@#$%^&*(
Me: wakakakakakakaka (senyum kambing)

Sebenarnya aku tak pernah dengar pon lagu tu. Bajet je lebih depan abang aku siap kata kat dia lambat setahun . Wahahaha


Btw, layan lagu nii






Rabu, 4 Disember 2013

Renungankan Dan Selamat Beramal

Orang kata aku lahir dari perut ibu
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma.. ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah.. ibu
Bila takut.. yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk.. ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon... Ibu
Bila seronok... orang pertama yang aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "Ibuuuuuuu!"
Bila sakit, orang pertama yang risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang yang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dn rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak anak ke rumah Ibu
Bila sambut Valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila... bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. ... aku nak telefon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan!

Ahad, 17 November 2013

Faizul Juara AF2013

Aku memang dah agak yang Faizul menang !! walaupun Azhael aku rasa lagi ramai fans .. Lagu baru Faizul tajuk Sepasang sayap memang best masa dia  buat persembahan malam tadi :D


Sepasang sayap = Faizul (Daebakk!)
Seorang yang sangat kelakar dan agak handome wkwkwk
Lawak time mak dia bagi hadiah kambing.. hahaha
#Juara AF2013 (Aku memang dah target dia juara)

Hentian Terakhir = AzHael (duo)
Diorang ni macam cute je, macam handsome je
Diorang dah tersingkir masa separuh akhir tapi fans sangat tak puas hati sampai trending. Sapa suruh tak undi kalau tanak tersingkir, tapi diorang bertuah sebab astro buat #AF masuk.. Memang dapat kat diorang lahh..
Tempat kedua #AF2013 (Target aku betul diorang nombor 2)


Percayalah = Indah
Indah sebenarnya dah ada album sendiri sebelum masuk AF and Uncle dia Ayai kumpulan Ilusi
Tempat keempat #AF2013 ( Sebenarnya aku target dia tempat ke6) maaflah xD

Mimpi = Aisyah Aziz
(Adik kepada Aliff Aziz)
Memang terkejut gila sebabAisyah dapat tempat Keenam, sebab dia salah seorang finalis yang dijangka akan jadi juara :3 (Aku target dia nombor 2-3) tapi tak betul

Katakan Saja = Nabila
Dengar cerita dia anak saudara kepada Cikgu Syafi (taktaulahbetulkeidok)
Aku memang salute dia walaupun tak minat sangat sebab dia seorang yang tabah walaupun kena ugutan bunuh daripada haters 
Tempat kelima #AF2013


Sesaat Untukku = Amira
Suka sikap dia yang sopan and rasanya dia sesuai tak degan Azhar ? 
#Aku rasa Azhar suka dekat Amira siott
Tempat ketiga #AF2013 



Jumaat, 15 November 2013

Jodoh Itu Rahsia Allah

"JODOH ITU RAHASIA ALLAH"

Sehebat apapun kita merancang,
Sekuat apapun kita saling setia,
Sesabar apapun kita menerima,
Seberapa lamapun kita menunggu,
Dan sedetail apapun kita merancang

Jika takdir Allah tidak menulis jodoh kita bersamanya,
Maka kita tak akan pernah memiliki dan bersamanya

Akan tetapi,
Jika Allah telah menetapkan jodoh kita bersamanya,

Walau sejauh apapun jarak memisahkan,
Walau tak pernah sekalipun bertemu muka,
Walau tak pernah sekalipun berhubungan,
Maka Allah ada cara untuk mempertemukan kita dengannya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya tak akan pernah tertukar dan akan dipertemukan pada saat yang tepat menurut Kehendak-Nya.

Atau,
Jodoh itu sekarang berada di sekeliling kita, sama ada kita sedar atau tidak :)
Mungkin orang yang kita benci, mungkin orang yang kita suka

Tiada yang kebetulan melainkan kesemuanya telah Allah rancangkan untuk kita.  

-AS