Khamis, 19 Januari 2017

Semster 1 - Break

Assalamualaikum wbt gaisss. Aaahh nikmatnyaa berblogging di bilik sendiri. Huhuhu yeyehh ai dah berjaya habiskan sem1 dengan jayanya tempuhi onak duri durian. Heheheh. Sumpah rasa macam baru je habis minggu orientasi tetiba sekarang dah habis sem 1. Dah balik rumah, dah ada dekat rumah dah pun for this semester break. *Tepukan untuk diri sendiri* big applause. yeyehh big applause for whutt ??

Ai nak bagi tepukan dekat diri sendiri. Sebab apa? mestila sebab berjaya lalui sem 1. Setelah bermacam macam dugaan yang mendatang melawati menegur. Huhuu yelaa bukannya senang kita nak hidup sendiri tanpa parents. Dekat uni ni macam macam perangai manusia ada. Malas nak cerita, tapi kesimpulan daripadanya, korang kena pandai pilih kawan. Sebab apa? Sebab daripada kawan la, mencerminkan macam mana perangai kita. Kalau nak kawan dengan manusia2 degil ni boleh, tapi satu je aku pesan, jangan ikut perangai buruk dia. And, belajarlah untuk terima kekurangan setiap orang dan jangan cepat melatah. Berkawan tu biarla ikhlas. So, aku bersyukur sangat sebab dapat kawan kawan yang baik. Roommate yang baik, yang selalu ingatkan solat aku, yang selalu ingatkan aku bila aku terlupa sesuatu. Okayy2 dahh hahaha

Yeyey kedua, sebab berani balik sorang sorang. Yela, dulu nak kemana pimpin tangan ibu abah, bila toleh kiri kanan kalau diorang takde, mula gelabah la apa lah. Tapi sekarang, tangan ni dah tak dipimpin lagi. Tangan ni dah berjaya beli tiket sendiri. Dulu, jalan jalan mesti dengan ibu abah. Sekarang, jalan jalan dengan kawan kawan pulak. Semuanya dah berbeza. Beza sangat. Dulu abah paling risau bila aku nak keluar dengan kawan kawan, sanggup dia hantar kalau nak kemana mana. Hmm. Jujur, aku rasa macam bebas bila dekat uni. Bebas nak kemana mana, tapi dalam kebebasan tu terselit rasa kerinduan. Rindu dengan kerisauan ibu abah. Okayy2 feeling sesedih pulakk. Hahaha aku tak pegi mana mana pun kalau keluar tu. Paling jauh pun, gi mid valley, tu pun naik ktm. Murah sikit and cepat sampai. Sem depan mungkin sampai ioi, jalan tar, sogo semua tu yeyehh hahaha.

Study. Huhuhu ni paling takleh belah. big applause dekat diri sendiri sebab study for final exam. You know what, time es pi yem dulu, ya tuhannn tido awal bangun lambat. study pun malam sebelum paper esoknya. hahaha. Kalini nampak laa sikit strugglenya walupun tak seteragel mana. Gigih jugak laa study anatomy sampai 3 pagi. Wuuu ahahha poyo je padahal senior tak tidur langsung. Tidur kejap kejap je. Ngehhh. Kalau sem depan nih, idok le teman tau, maunye tak tido semalaman. Iyolaa nak kene hadap subjek yang lagi tough. wuuuu poning kepale eden mikiorkan nyew. Eden ni haaa, asik layan drama korea jo. Mike semue jangan la tiru teman. Buruk benor perangai teman. ((Ya Allah bahasa apakah ini)) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan